MENGENALI JENIS-JENIS LELAKI


LELAKI MANJA

  • Jangan terkejut kalau ade lelaki yang suka teddy bear besar. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan sepertii memeluk si buah hati.
  • Ada juga gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian
  • Kadang-kadang lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik
  • Perfume juga antara barangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
  • Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas

LELAKI MACHO
  • Lelaki jenis ini suka pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggang kulit, pemetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain.
  • Bagi lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiah mereka helmet berjenama HARLEY DAVIDSON.
  • Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefon kamu setiap malam atau morning call.
  • Sesekali carikan mereka model kapal terbang atau jet pejuang jenis BS S117 stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikopter longbow Apache dan sebagainya.

LELAKI BERJIWA SENI

  • Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.
  • Kaset atau CD yang mengandungi alunan muzik yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
  • Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik jepun Jepun Kitaro juga mampu membuatkan si dia berasa tenang dan ingat pada kamu.
  • Rasanya...hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
  • Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki in romantis.
  • Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.

LELAKI AKTIF

  • Lelaki seperti lebih gemar barang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.
  • Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan
  • Jam tangan berjenama juga pemberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
  • Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan
  • Seluar sukan berjenama terkenal juga antara barangan yang mereka
  • Walkman juga antara barangan yang mereka sukai

LELAKI SENSITIF

  • Opss!! susah juga lelaki berjiwa sensitif begitu halus perasaannya.Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud tersirat
  • Hadiahkan lelaki ini sebuah diari.Lelaki jenis ini biasanya suka menulis dan akan meluahkan perasaan dia didalam diari tersebut
  • Lelaki jenis ini lebih kurang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja.Pemberian CD dan kad ucapan adalah antara pemberian yang sesuai.
  • Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan
  • Bagilah buku supaya mereka boleh mengisi masa lapang mereka.

p/s:jngan lah anda terlalu mmpercayai bnde krne bndi nie just rujukan..jodh dn pertemuan di tangan ALLAH S.W.T..sekian..



No comments: