KISAH HANTU DI OFIS!!!

kisah nie aq just copy and paste...tapi mmg seram giler r cerita nie...lagi2 kalo bace malm2 dan sorg2,,,ahaha

"Cerita ini adalah pengalaman yang aku lalui dan juga rakan-rakan ofis yang ceritakan pada aku.

Tapi kisah ini bukanlah nak cerita yang aku ni mempercayai hantu dan kadang-kadang aku pun rasa macam tak percaya apa yang aku lalui.

Ofis yang terletak di cyberjaya tapi makhluk halus ni tetap ada dan ada kalangan rakan sekerja aku yang dah lali dengan usikan dari makhluk tersebut.

Sebenarnya aku dah 2 tahun lebih kerja dekat cyberjaya ni dan ofis kami di tingkat 2, manakala tingkat 1 untuk pejabat bahagian lain..dan sepanjang 2 tahun lebih ni pelbagai cerita yang aku dengar serta aku alami sendiri.

Tapi sampai sekarang aku sendiri tidak pernah melihat dengan mata aku sendiri makhluk halus yang selalu menganggu kami..cuma diganggu dengan cara yang lain.

Ada suara nakal rakan aku gelarkan makhluk tersebut sebagai “kawan pak abu”…dan pak abu tu dah pun pencen tahun lepas.

Kejadian terbaru ialah semalam semasa aku stay kat ofis sementara nak tunggu mahgrib dan lepas tu nak gi lawan bola dekat upm.

Ceritanya macam ni, biasanya bos dan kerani balik dalam pukul 6 petang dan semalam tinggal aku dengan 2 orang yg lain. Pukul 6.30 mereka pun balik jadi tinggallah aku seorang dekat ofis. Meja aku duduk di sebelah bucuhujung ofis dan membelakangkan dinding, jadi partition didepan aku membuatkan aku memang tak nampak keseluruhan ofis aku.

Kadang-kadang kalau aku tak balik, aku mandi dulu dekat ofis dan tunggu nak masuk maghrib aku pun buat kerja apa yang patut dan 15 minit lepas mereka berdua balik…bulu roma aku naik dan aku terasa makhluk tu sedang berlegar legar dikawasan ofis.

Selang beberapa ketika aku dapat menangkap bunyi orang sedang membelek pelan dan meja pelan tu terlindung di sebalik partition meja aku. Mula-mula aku buat tak tahu dan aku pun pasang lagu dekat pc aku supaya aku tak dengar lagi bunyi tu.

Dalam hati aku, tolonglah aku tak kacau ngko so jangan kacau aku…dalam hati je lah sebab kalau nak cakap memang aku tak berani.

Agaknya bila aku pasang lagu si makhluk tu tak puas hati jadi lepas diganggu dengan bunyi orang belek pelan tiba-tiba gedegang bunyi tray printer yg besar dibuka dan ditutup..masa tu hati aku tak sedap dah tapi nak hilangkan takut aku kuatkan bunyi speaker..

Bila makin aku kuatkan speaker tersebut nampaknya makin menjadi perangai makhluk tu,lepas buka tray printer kini main buka tutup tray mesin fotostat pula..dalam pada itu aku cuba beranikan diri tutup lagu dan aku bangun dari meja aku dan mendongak ke mesin printer..sunyi pula lepas tu…

Aku cuba buat2 panggil nama kerani yg baru balik tadi dan suasana sunyi kembali dan aku sambung buat report tapi tak pasang lagu. Tak lama lepas tu..dia mula lagi..bunyi macam orang tengah belek fail, lepas tu bunyi pelan diselak pastu macam suara bos2 aku berborak di satu sudut ofis.

Kesudahannya aku dah tak tahan dengan gangguan bunyi2 tu aku pun shutdown pc then bangun dari meja aku pun cakap..ok aku balik sekarang…niatnya nak bagitau makhluk tu aku nak balik dah..dalam keadaan bulu roma berdiri aku capai beg, gi tutup suis lampu dan aircond dan terus kunci ofis dan pergi surau kat bawah ofis aku semayang maghrib.

Itulah kisah yang aku hadapi, sebenarnya dah banyak kali aku alaminya dan tak pernah pun terserempak dengan makhkuk tu, harapnya tak jumpa pun tak per.

Itu cerita aku, bos aku pula pernah waktu dia nak sembahyang maghrib dekat dalam bilik dia, dia dengar macam ada orang tengah mengemas bilik kosong di sebelah bilik PA dia..bila dia gi buka pintu takder apa2..huhu bos aku tu hati kering.

Kerani pompuan pula pernah menjerit pada satu petang sebab nampak lembaga hitam dekat bilik stor…dan macam2 kisah lagi yg rakqn ofis aku kena. Ada yang tv on sendiri dan macam2 gangguan lagi.

Pernah juga kami berbincang nak halau je makhluk tu tetapi bos aku cakap selagi makhluk tu tak mengamuk dan mengganggu kami dengan teruk biar je lah dia duk kat ofis ni. Lagipun ni memang tempat dia sebelum kita masuk ofis ni.

Ok itu sahaja dah lama nak cerita tapi susah sebenarnya nak gambarkan perasaan dan apa yang di alami tu susah untuk ditulis.

Nota : kalau korang rasa seram dengan cerita ni lepas ni boleh la aku cerita kisah seram dekat rumah aku pula."

No comments: